ULASAN ALBUM
AMUK- AKAR DAN BUMI

Amuk : Akar dan Bumi
     Ini merupakan album Amuk yang ketiga selepas Tanpa Prejudis dan Tak Relevan. Wa rasa tak perlu wa ulas banyak-banyak mengenai album ni. Lu orang terus pergi beli ajer lah musti tak kecewa punya. Lagu-lagu baru diorang memang power punya, termasuklah dua buah lagu yang di beri nafas metal iaitu Fikirkan boleh dan Inspirasi Taming Sari. Tapi wa lebih suka lagi Inpirasi Taming Sari Wings dari diorang punya pasal... err... entahlah. Tapi bolehlah tahan lagu tu.

    Side A wa memang terangkat dengar lagu-lagu dia. Diorang ada satu lagu slow gilak, Jernih. Walaupun slow tapi... perghh power! Suara bekas vokalis Febian nih (agaknya laa) pun wa memang respek habis. Kalau nyanyi lagu heavy, serak dia memang best di campur dengan tekanan-tekanan sebutan ala James Hetfeild, kalau nyanyi lagu slow...suara dia memang syahdu.. Tapi lagu slow diorang kali ni di selitkan dengan muzik philharmonik (macam scorpion & metallica buat tu), meremang bulu roma wa dengar.

    Lagu Akar dan Bumi mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu memetalkan lagu tradisional melayu..perghhh. Tapi bukan alang-alang punya metal ni. Tapi lagu ni bukan lagu tradisional cuma muziknya yg seakan-akan muzik tradisional yang dimetalkan. Lebih kurang macam lagu Tak Relevan yang diolah semula dari lagu kumpulan Kapilla.

    Sebuah lagi lagu dari Side A ialah Khalifah Yang Sempurna ciptaan Sam/Miji Cromok. Lu orang mesti dah dapat tangkap macam mana lagu dia kalau dah cromok yang buat, biasalah, mesti best dan power. Track ke 4 ialah lagu Kita, wa dengar seolah-olah macam lagu Khalifah yg Sempurna gak tapi bukan ciptaan cromok. Ada dua lagu ciptaan cromok iaitu Khalifah yang Sempurna dan Takkan Ku Takut

    Secara keseluruhannya wa memang amat berpuas hati dengan album ni. Kualiti bunyi pun best. Bunyi gitar diorang pun lebih power dari album-album sebelum ni. Tapi walau bagaimana pun diorang masih bertopeng macam dulu.

Tajuk Lagu
1. Akar dan Bumi
2. Jernih
3. Khalifah Yang Sempurna
4. Kita
5. Kerana Setitik Air
6. Fikirkan Boleh
7. Takkan Ku Takut
8. Siapa Mahu Jawap
9. Inspirasi Taming Sari
10. Gila

Rating : 9.5/10

Pendapat lu orang mengenai album ini click sini