Make your own free website on Tripod.com
 
BULETIN METAL
 
23/7 : Forum Sembang Metal
Wa baru buat satu forum untuk lu orang bertukar-tukar info & bersembang.

22/7 : Amuk Keluar Album Baru....yahooo!
Wa tak tahulah bila official release album terbaru diorang tu, aleh-aleh wa baca s/khabar dah release dah. Wa pun terus ler pergi kedai kaset dan beli dan dengar.

22/7 : Dah lama tak update!
Wa minta ampun bebanyak pasal dah lama tak update laman web ni. Sebab utamanya ialah wa tersangatlah busy dengan kerja wa. Walau bagaimana pun wa akan try update laman ni sekerap yang boleh.

23/5 : Metallica : I Dissapear dalam Soundtrack Mission Imposible 2
Filem arahan John Woo ni tak lama lagi sampailah kat M'sia. Jadi kalau nak dengar lagu Metallica baru tu jangan lupa tengok cerita ni. Wa tak tengok lagi cerita ni, jadi wa tak boleh komen. Tapi Mission Imposible yang lama tu memang best. Dengar cerita dari member wa, soundtrack cerita ni dapat no. 2 dlm Billboard 200 pasal ada lagu Metallica dalam.