LAMAN WEB
METALMANIA
Laman ni khas untuk mat-mat metal sahaja. Bagi yang tak metal wa boleh gak ler nak menyibuk kat sini. Ok, mula-mula laman web ni cuma letak sikit lagu jer, tapi akan wa updatekan paling cokia pun setiap minggu. 

Untuk ruangan pradengar, wa letak file mp3 untuk lu orang test dengar jer, kalau best lu orang belilah kaset atau cd yg ori, kasi support sikit dengan group-group metal nih. ok? caya sama lu orang...

Wa tak kira lagu metal barat atau tempatan wa bubuh aje, asalkan metal. Jadi jangan le komplen. Kumpulan dangdut pun kalau dalam kaset dia ada lagu metal, wa boleh bubuh gak dalam laman nih.

Walau bagaimanapun wa akan letak jugak lagu yg tak metal untuk menceriakan suasana (keh! keh! keh!) sebagai bonus untuk mat-mat tak metal yg degil nak jenguk gak homepage nih. Orait!!!