Make your own free website on Tripod.com
 
ULASAN ALBUM
 SCORPIONS - MOMENT OF GLORY

Scorpions : Moment Of Glory
     Sekarang semua kumpulan rock nak combine dengan symphony. Tapi best gak pembaharuan yang cuba diorang buat ni. Muzik alaf baru macam ni kot. Memula Metallica, pas tu Deep Purple, sekarang Scorpions pulak. Dengar kata XPDC pun tengah plan nak buat gak album macam ni kat philharmonik petronas tu, tak tahulah jadik ke tak. 

     Tujuan aku beli kaset ni ialah semata-mata nak dengar lagu Hurricane 2000, selalu aku dengar dekat Radio ERA tu. Perghh! memang best, memang gempak. Tapi aku rasa kecewa sedikit pasal yang lain-lain lagu tu semua lagu slow..isk isk isk..kejam betul kala jengking Jerman nih. 

     Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 2 instrumental. 2 buah lagu baru seperti Moment of Glory dan Here in My Heart adalah termasuk dalam 8 buah lagu slow tangkap tidor dalam album ni dan 2 buah lagu keras. Dah tu, kebanyakan lagu di nyanyikan secara duet, ntah dengan sapa ntah, malas aku nak ambik tahu. Lagu baru diorang Here In My Heart dah macam lagu Air Supply plak dah...

     Keseluruhannya aku memang tak puas hati dengan album ni. Tapi bagi yang suka lagu-lagu kategori tangkap tidor, aku syorkanlah album ni.

Tajuk Lagu
1. Hurricane 2000
2. Moment Of Glory
3. Send Me An Angel
4. Wind Of Change
5. Crossfire (Instrumental)
6. Deadly Sting Suite (Instrumental)
7. Here In My Heart
8. Still loving You
9. Big City Nights
10. Lady Starlight

Rating : 4/10

Pendapat lu orang mengenai album ini click sini