Make your own free website on Tripod.com
 
ULASAN ALBUM
 WINGS - MR. BARBARIK

Wings : Mr. Barbarik
     Album ni mengandungi 10 lagu termasuk 1 instrumental pendek dari tangan kiri Joe. Lagu-lagu dalam album ni bolehlah tahan, tapi wa paling suka first tracknya Keris Tak Ada Sarung yang merupakan sebuah lagu metal yang agak keras tapi dicampurkan  dengan melodi-melodi yang cantik, wa rasa orang yang tak suka lagu metal pun boleh  tersiul-siul dengan irama lagu ni, lagu ni macam irama lagu Gegar Gunung Gemora (Biru Mata Hitamku), tapi lagu ni lebih best! 

     Lagu kedua ialah Inspirasi Syakilla yang merupakan kesinambungan dari lagu Misteri Mimpi Syakilla (Hukum Karma), syok gak lagu ni cuma agak ganas sikit, sesuailah dengan tajuk album diorang Mr.Barbarik. Satu lagi lagu yang bikin gempak ialah lagu Singa dan Harimau yang dinyanyikan secara berduet oleh Mus dan Asheed, sekali dengar aku dah sangkut. Lagu dengan rentak bersahaja ini memang power! 

     Secara keseluruhannya, aku rasa bolehlah tahan album diorang ni, tapi aku masih tak  puas hati bercampur sedikit kecewa dengan vokal Mus yang seperti serak dibuat-buat, seperti meneran. Walapun begitu, muzik diorang nampak agak lebih matang dari album-album terdahulu, cuma sistem mix bunyi tak cukup canggih (aku tabik kat Bazooka Penaka)  yang cuma  mengetengahkan bunyi berserabut gitar  Joe.

Tajuk Lagu
1. Keris Tak Ada Sarung
2. Inspirasi Syakilla
3. Singa dan Harimau
4. 209
5. Mayang Sulit
6. Handal
7. Julang Timur Tengah
8. Samar Nan Terang
9. Gua Henjut Je!
10. Teater Mahamega

Rating : 7/10

Pendapat lu orang mengenai album ini click sini